AL-FATIHAH
1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
2.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Pemilik hari pembalasan.
5. Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.
6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka dan bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.